Tertampar-tampar rasanya bila teringat balik kisah seorang sahabat yang membuatkan sahabat yang lain terasa hati..
Bila baca kisah tu terasa sangat sebab diri ini tanpa sedar telah menyakitkan hati sahabat seperjuangan...sedar pun selepas murabbi personal mesej dan menegur kata-kata ku dalam whatsapp usrah..masa tu rasa dan terfikir : " apa aku dah buat ni!!!..aku silap cakap ke??!"..lepas sedar tu saya terus mesej ukhti yang murabbi ku maksudkan..tapi ukti tu x respon dan menyebabkan diriku ini lebih rasa bersalah...saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.."Masih ada saki baki jahiliyyah kah dalam diri ini???!! saya terus beristighfar panjang..."ya Allah baikilah Akhlak dan percakapan ku..jauhilah diri ini dari saki baki jahiliyyah"
Lantas, saya ambil sebuah buku "BANGKITLAH!!! karangan Amru Khalid..subtajuk "Akhlak Islam, Bukan jahiliyyah"..saya baca dan merenung diri...diri ku menjawab "ya Masih ada saki baki jahiliyyah dalam diri ini"..meraung-raung jiwa ini dengan perbuatan sendiri..."ya Allah ampunilah diri ini!".
Dalam buku tersebut membawa kisah seorang sahabat bernama Abu Dzar telah berdebat dengan Bilal..dalam perdebatan tu, Abu Dzar jadi emosi sehingga mengeluarkan kata-kata: " Wahai anak Hitam". mendengar kata-kata ini, Bilal terus berjumpa dengan Rasulullah SAW dan mengadukan ucapan yang membuatnya sedih.
Rasulullah segera memanggil Abu Dzar dan berkata : "engkau telah menghinanya kerana ibunya (berkulit Hitam)! di dalam dirimu masih ada perilaku jahiliyyah" (HR Muslim 4289)
Jahiliyyah ya Rasulullah?! BENAR. Kerana ucapannya itu tidak pernah diajarkan dalam akhlak Islam. Abu Dzar yang menyedari dirinya melakukan kesilapan, musibahlah bagi orang yang melakukan kesalahan namun enggan untuk bertaubat.
Lantas, Abu Dzar segera menemui Bilal. Beliau meletakkan pipinya di atas tanah dan berkata kepada BIlal :" saya bersumpah dihadapanmu agar engkau meletakkan kakimu di atas pipiku sehingga demikian keburukan yang ada dalam hati ku segera lenyap".
Lepas baca kisah ni, sangat2 rasa bersalah..dan segera saya minta maaf dengan ukhti yang berkaitan..kadang-kadang kita rasa, percakapan dan perbuatan kita ni biasanya je...tapi bila ada yang menegur baru lah kita perasan yang kita ni masih ada karat-karat jahiliyyah..
kisah sahabat ni sangat memberi inspirasi untuk saya lebih menjaga akhlak dengan sesiapa pun..dan berterima kasih juga kepada murabbi yang menegur kesilapan yang saya lakukan...terasa sangat kasih sayang Allah kerana masih menegur saya tatkala melakukan kesalahan dan kesilapan..moga Allah sentiasa menghadirkan sesiapa pun dalam hidup ini untuk membimbing dan menegur diri ini setiap kali melakukan kesilapan.
Sayang Allah, sayang my usrahmates dan sayang my murabbiah..love u all till jannah!!!
Ayuh!! kita bangkit dan perbaiki diri!
Casinos Near Me - Las Vegas - MapyRO
ReplyDeleteLooking for the 삼척 출장샵 best hotels in Las Vegas? Save money 충주 출장마사지 with MapYRO. Browse 10,000 hotels near 보령 출장샵 you and 이천 출장샵 book your 의정부 출장샵 tickets online!