Thursday, May 3, 2012

Membangun iman yang usang


Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang diantara kamu akan usang dan lusuh seperti usang dan lusuhnya pakaian. Oleh karena itu, mohonlah kepada Allah Ta’ala agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu.” (HR. Thabarani dari Abdullah b Amr ra)
Hati manusia ada yang bercahaya dan ada yang gelap  gelita. Ada yang yang hidup ada yang sakit bahkan ada yang mati. Ada yang sentiasa baru dan ada yang sudah usang dan lusuh. Dalam hadis ini rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa hati seorang Muslim akan menjadi usang dan lusuh seperti lusuhnya pakaian yang kita kenakan. Kelusuhan iman dalam hati membuat diri kita tidak memiliki kemampuan dan kemahuan untuk meningkatkan amal kebaikan meskipun tidak sampai meninggalkan kewajiban-kewajiban. Juga tidak mampu mencegah diri kita dari hal-hal yang makruh dan sia-sia meskipun tidak sampai melakukan hal-hal yang diharamkan. Oleh kerana itu, kita berkewajiban untuk sentiasa memperbaharui keimanan agar hati kita kembali bersinar dan memiliki hidayah Allah Ta’ala.

Perkara-perkara yang menyebabkan usangnya keimanan dalam hati adalah;     1. Meninggalkan tilawah Al-QuranDalam sebuah khabar(atsar) disebutkan , “Perumpamaan hati yang pemiliknya tidak membaca Al-Quran adalah seperti rumah yang kosong.”Meninggalkan tilawah Al-Quran akan mengurangi anugerah kebaikan dari Allah kepada seorang muslim berserta keluarganya, sedangkan membaca Al-Quran  akan melimpahkannya. Rasulullah saw bersabda,“Sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Al-Quran akan melimpah kebaikannya. Sedangkan rumah yang didalamnya tidak dibacakan Al-Quran akan sedikit kebaikannya,” (HR Al-Bazzar)

2. Jarang berzikir dan suka bermalas-malasanSedikit berzikir dan bermalas-malasan dalam menunaikan ibadah akan menyebabkan usangnya keimanan dalam hati seseorang. Bahkan dapat mengakibatkan kemunafikan apabila tidak bersegera ditangani. FirmanNya,Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali. ” (an-nisa:142)

3.  Sibuk dengan urusan duniawiSibuk dengan urusan duniawi dan mengejar harta kekayaan menyebabkan hatinya hanya terfokus pada urusan dunia. Padahal semestinya kekayaan dunia itu untuk memakmurkan keimanan dalam hati. Rasul saw bersabda,“Allah taala berfirman: Sesungguhnya Kami menurunkan harta untuk menegakkan solat dan menunaikan zakat. Seandainya anak adam memiliki satu lembah (dari emas), nescaya ia akan menginginkan lembah yang kedua. Seandainya ia memiliki dua lembah, nescaya ia akan menginginkan lembah yang ketiga. Tiada sesuatu yang dapat memenuhi perut anak Adam kecuali tanah, kemudian Allah akan menerima taubat orang yang bertaubat.” (Ash-Shahihah:1215)

4.   Cinta kepada isteri dan anak-anak yang berlebihanKecintaan yang berlebihan kepada anak-isteri dan menghabiskan sebahagian besar waktu bersama mereka akan mengakibatkan rasa berat untuk melakukan berbagai ibadah dan kewajiban dakwah.Abu Hurairah ra berkata: Kami bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah mengapa ketika kami berada disisimu, hati kami menjadi lembut, kami dapat bersikap zuhud terhadap dunia, dan kami termasuk ahli akhirat. Namun ketika kami keluar dari sisimu dan bergaul dengan isteri-isteri kami serta menciumi anak-anak kami, jiwa kami berubah sampai-sampai kami mengingkarinya?” (HR Ahmad)Beliau bersabda,“Sesungguhnya seorang anak akan menjadi penyebab munculnya sifat kikir, pengecut, jahil dan mudah bersedih.” (HR Thabrani)

Indikasi Usangnya Iman di Hati

Usangnya iman dihati adalah sesuatu yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar namun kita dapat mengetahuinya dari pelbagai petunjuk. Oleh kerana iut, kita perlu mengetahui indikasi usangnya iman sehingga kita dapat segera memperbaharuinya:

a.    Bermalas-malasan dalam menunaikan berbagai amal kewajiban sesuai cara yang telah ditetapkan syariat. Orang yang imannya usang, akan sentiasa terlambat dalam menghadiri solat jemaah, fikirannya melayang kemana-mana saat menjalankan solat. Seusai menjalankan solat, solatnya seakan-akan tidak membekas sedikitpun. Begitu juga dengan ibadah-ibadah wajib lainnya.

b.    Meninggalkan banyak amalan-amalan sunnah dengan dalih bahawa tidak akan ada hisab terhadap tindakan meninggalkan amalan-amalan sunnah ini. Seoang yang imannya usang tidak pernah melaksanakan solat sunnahrawatib, slat dhuha qiyamullail dan solat sunnah lainnya.c.  Meninggalkan bacaan Quran kecuali pada acara-acara seremonial yang mengharuskannya membaca Al-Quran. Ketika membacanya ia tidak menghayatinya, tidak pernah menitikkan air mata saat tilawah, tidak pernah terpengaruh dengan ayat rahmat dan azab yang dibacanya. Bacaan Al-Quran yang dilakukannya hanya sebatas tenggorokan dan tidak pernah menembus hatinya.

d.    Sangat jarang berzikir dan berdoa kepada Allah. Lisannya terasa keluh dan kaku untuk mengucapkan kalimat-kalimat zikir sehingga baru sedikit berzikir dan berdoa, ia segera mengakhirinya.

e.   Melihat berbagai urusan dari sudut pandang dosa dan tidak adanya dosa untuk melakukannya. Akibatnya ia sering melakukan hal-hal yang makruh dan syubhat kerana ia menganggapnya bukan termasuk perbuatan dosa. Sehingga sedikit demi sedikit ia mendekati yang haram dan akhirnya terjerumus dalam perbuatan dosa dan haram sebagaimana sabda Rasulullah saw,
"Barangsiapa terjerumus dalam syubhat, ia akan terjerumus dalam hal yang haram.” (Muttafaqun alaih)

f.    Banyak melakukan hal-hal sia-sia, menghabiskan sebahagian besar waktunya di depan televisyen menghadiri pesta-pesta dan acara gembira yang tidak mendatangkan kebaikan sedikitpun bagi keimanannya.

g.    Lemah tangggungjawab keagamaan dalam jiwanya sehingga tidak lagi melakukan amar makruf nahi mungkar dan menyeru manusia ke jalan Allah. Tidak lagi memiliki ghirah Islam untuk memperbaiki masyarakat, baik dalam tataran agama, moral, sosial, hukum ekonomi mahupun budaya.

h.  Meningkatkan ambisi duniawi dalam dirinya. Ia hanya berfikir bagaimana mengkonsumsi makanan dan minuman yang lazat memiliki rumah kenderaan dan berbagai fasilitas kehidupan yang mewah, serta  bersenang-senang dengan berbelanja ke mall-mall dan tempat pelancongan yang menghambur-hamburkan wang.

i.     Munculnya sifat egois mementingkan diri sendiri serta melemahnya solidiritas dan kesetiakawanan terhadap kaum muslimin. Tidak ada perasaan sedih dan bersalah sedikitpun ketika perutnya kekenyangan sementara tetangga saudara dan teman-teman seperjuangannya kelaparan.

Thursday, April 12, 2012

Bukti wujudnya Allah

Saya pernah ditanya oleh seorang pelajar “ustazah, ada kawan saya cakap, sebenarnya Allah itu adalah nama ciptaan manusia dan bukannya benar-benar ada! Apa pandangan ustazah??..terdiam sejenak saya apabila ditanya dengan pertanyaan sebegitu…jauh dari sudut hati saya beristighfar panjang…Masih adakah manusia yang tidak mengenal tuhannya? yang masih ragu-ragu adanya Tuhan?

Mungkin kita merasa pelik dengan persoalan sebegitu. tetapi hakikatnya memang ada manusia yang bergelar muslim masih belum mengenal siapa penciptanya. Masih bertanya dimanakah tuhannya?. Adakah Tuhannya benar-benar wujud atau bagaimana? Na’uzubillah.

Wahai adik-adik ku, sungguh Allah itu benar-benar wujud! Manakan mungkin tiada pencipta (Allah) sedangkan alam ini tersedia dengan segala kelengkapannya. Sedangkan sebuah mesin basuh yang tidak begitu complicated pun ada penciptanya iaitu manusia. Firman Allah s.w.t: “Dan diantara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak)” (Surah Ar-Rum: 30: 20).

Saya ada satu analogi yang best untuk dikongsikan. Hah, nak tahu ape? Pernah tak kita melihat arus elektrik? Pasti anda akan menjawab “tidak!” bukan? Hurmm. Jadi apa yang membuktikan adanya arus elektrik? Mari kita perhatikan sekeliling kita. Nampak tak lampu yang menyala? kipas yang berpusing? air cond yang menyejuk? Hah, bukankah itu tanda adanya arus elektrik!. Adakah kita menyakininya? Pasti anda menjawab “Ya!”. Kalau tidak, mana mungkin kipas, lampu, aircond dan perkakas elektrik yang lain boleh digunakan!.

Begitulah juga dengan Tuhan kita iaitu Allah. Dia wujud tapi tidak terlihat dek pancaindera kita yang sangat lemah. Tapi apa bukti adanya Allah? iaitu dengan wujudnya alam semesta ini yang begitu luas dan indah. Mari kita pandang sekeliling kita. Apa yang kita lihat? Cantik bukan alam ciptaan Allah!. Ada matahari, ada awan, pelbagai jenis pokok, haiwan-haiwan yang melata (seperti semut), laut, sungai yang mengalir, batu-batu pelbagai bentuk dan macam-macam lagi. Itulah bukti adanya Allah.
Masih mahu menafikan lagi?

Perhatikan Jasad kita

Mari kita merenung dan memperhatikan setiap anggota tubuh badan kita. Subhanallah! sangat hebat ciptaan Allah yang menciptakan setiap anggota dengan fungsinya. Mari kita lihat jari jemari kita. Apa yang anda lihat? Adanya kuku, kulit, sendi-sendi yang boleh membengkok serta jari-jemari yang tidak sama panjangnya. Subhanallah, cantik bukan! Pernah tak kita berfikir mengapa Allah menciptakan jari jemari kita tidak sama panjang?

Jom kita bayangkan jari jemari kita sama panjang seperti jari yang paling tengah atau jari hantu. Bayangkan yang didepan anda ada nasi dan cuba anda makan makanan tersebut dalam keadaan jari yang sebegitu. Adakah kita dapat makan dengan baik? Pasti anda akan katakan “macam mana nak makan dengan jari macam tu!. Terkeluarlah nasi-nasi! susah nak makan”. Nah, nampak bukan hikmatnya!

Mari kita lihat pula kuku kita. Pernah tidak anda terfikir bagaimana semakin hari semakin panjang kuku kita. Jika dilihat dari luar, tiada pun suatu tempat yang disediakan untuk menyimpan kuku. Kalau kita cabut kuku kita, pasti kuku kita hanya sebesar kuku yang tampak dari luar. Tapi bagaimana ia semakin memanjang? Subhanallah! Semuanya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah dalam menciptakan sesuatu.

Firman Allah s.w.t: “Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk yang bergerak yang bernyawa yang bertebaran (di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini” Surah al-Jasiyah: 45: 4). Masih adakah pertikaian kita terhadap kewujudan Allah? Hanya yang meyakini ayat-ayat Allah dan sentiasa memerhatikan ciptaan Allah sahaja dapat merasakan kewujudan Allah.

Duduk Sejenak Mengingati Allah

Mari sahabatku, kita duduk sejenak mengingati Allah, merasakan kekuasaan Allah, merasakan dekatnya Allah. Bagaimana?! Perhatikanlah alam ciptaan-Nya. Di sana pasti kita akan menemukan pelbagai keindahan dan keseimbangan dari alam ciptaanNya. Di sana juga kita akan mula mengenali Tuhan kita yang mungkin kita lupakan sebelum ini dek kesibukan dunia.

Moga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang meragukan wujudnya. Allah bukanlah ciptaan manusia, tetapi dia benar-benar wujud dalam jiwa orang-orang yang beriman kepada Allah dan sentiasa mencari kebenaran tentang Tuhannya.
Wallahu’alam.

Thursday, January 26, 2012

Bila Hati ku berbicara sendiri



subhanallah, HATI...bestnya manusia ni sebab Allah kurniakan hati..kerana dengan hati lah lahirnya perasaan..walaupun sebenarnya tak ade sesiapa tahu dimana kedudukan HATI (al-Qalbu)...kalau dalam sains hati tu adalah "liver", dalam bahasa jiwangnya adalah "heart", dalam Islam adalah al-qalbu...

benarlah firman Allah yang mafhumnya, "aku mengetahui apa yang ada dalam hati manusia"..iaitu apa2 sahaja dalam hati kita Allah sgt2 tahu...begitulah juga CINTA..hehehe...jiwang lah pulak!

benarlah juga Firman Allah: "perempuan-perempuan yang keji adalah utk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji..sedangkan perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik" (surah an-nur 24:26)

adakah benar firman Allah ini???

ia TIDAK BENAR melainkan bagi mereka yang meYAKINI Allah sahaja...dan saya sangat meyakini ayat ini..dengan sebenar2 iman...iAllah...

dan keimanan itu sering diuji oleh ALLAH s.w.t...hingga kini Allah uji dengan perkara itu..setiap yang datang tidak ku tolak begitu sahaja..tapi dengan budi bicara ku serahkan kepada pihak ketiga...ku iringi perkara itu dengan kiriman doa istiharah...
"ya Allah, seandainya dirinya......baik utk agama ku, urusan kehidupan ku, untuk DnT ku, takdirkan lah ia sebagai milik ku...jadikan lah dia hambamu yang soleh dan permudahkan lah urusanku...seandainya dirinya.......tidak baik utk urusan agamaku, urusan kehidudpan ku dan urusan D n T ku...jadikanlah aku redha dengan ketentuan Mu...dan takdirkanlah sesuatu yang lebih baik utk ku....amin ya Rabbal a'lamin..."

seringkali ku baca doa ini dengan penuh ketundukan dan kekhusyukan dan kerendahan diri kepada Ilahi...

dan seringkali juga ku diuji dengan keyakinan terhadap doa ku sendiri..benarlah Firman ALlah " janganlah kamu katakan kamu telah beriman, sedangkan kamu belum diUji" surah al-ankabut: 29:2)

teringat kata-kata seorang mak cik dalam sharingnya:
" Allah pasti akan menguji setiap apa yang kita doakan"

dush..dush..terasa tertembak..patutlah Allah sering mengujiku..rupanya aku sendiri sering meminta utk diuji oleh NYA...hal ini bukan melemahkan ku bahkan menguatkan perasaan ku kepadanya....

ya Allah moga ku diberi kekuatan setiap kali di UJI...kerna ku tahu KAU sentiasa bersama ku..dan ku yakini bahawa telah KAU tentukan Jodoh yang TERBAIK untuk ku...kerana mereka yang pernah hadir dalam hidupku bukan lah yang terbaik untuk ku..jadikanlah UJIAn yang menimpaKU sebagai penguat kepada langkah ku dalam menuju REDHA MU..amin