Thursday, July 22, 2010

khas utk sahabatku

Assalamualaikum ukhti ku…. Moga sentiasa berada dalam rahmat dan payung lindungan Ilahi.

Surat ini ditulis khas untuk ukhtiku,. Ana sangat gembira bila ukhti kembali semula dalam JALAN DAKWAH DAN TARBIYAH ini…bagi ana tiada yang lebih berharga melainkan melihat ukhtiku ini gembira dan berada bersama2 dalam rahmat dan cinta Allah….

Ana sebagai sahabatmu dunia dan akhirat sentiasa mendoakan enti sukses dalam dakwah dan tarbiyah ini dan juga dalam master yang enti sedang lalui….moga enti bertambah matang dan cekal dalam mengharungi kehidupan yang panjang ini…

Buat pengetahuan enti, ana sangat merisaukan keadaan enti…entahlah, tapi inilah perasaan ana rasai…kebimbangan ini melebihi kebimbangan seorang sahabat..tapi ana yakin yang enti mampu melalui kehidupan ini dengan baik…dan ana akn sentiasa mendoakan enti…

Andai kita berpisah usrah, tidak bermakna kita berpisah di JALAN INI…enti tetap sahabat dunia dan akhirat ana….jika ana terleka, entilah ana harapkan untuk menegur diri ini, jika ana futur entilah yang ana harapkan untuk mengejutkan ana dari lena….andai ana lemah, entilah yang datang memberi keyakinan semula kepada ana……tiada apa yang ana inginkan dari ikatan ukhuwah ini, melainkan redha ilahi.

Andai sepenjang perkenalan kita, ana telah menyakiti hati enti, ana mohon dimaafkan. Jika ana terguna atau terambil harta enti, ana mohon dihalalkan….
Pesan ana, jadilah lebih dewasa kerana dirimu kini adalah daie, hamba kepada Allah, sebagai anak,sebagai kakak kepada adik2, guru kepada masyarakat. Tugas yang dirimu pikul amat besar dan berat…

iAllah bersama-samalah kita lengkapkan mutaba’ah amal kita…kerana makanan roh yang cukup akan membangkitkan hamasah dan keyakinan…moga langkahmu makin laju, selaju air yang mengalir dan tidak pernah putus.

Doakan kebahagian kita bersama dalam sujudmu, dalam tahajjudmu, dalam solat mu dan dalam doamu…..ana jua mendoakan enti bahagia dunia dan akhirat….
Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa silam kita dan membina hidup baru dengan agama Allah..amin…insyaAllah…

Dengan linangan airmata,
Sahabatmu….