Thursday, April 12, 2012

Bukti wujudnya Allah

Saya pernah ditanya oleh seorang pelajar “ustazah, ada kawan saya cakap, sebenarnya Allah itu adalah nama ciptaan manusia dan bukannya benar-benar ada! Apa pandangan ustazah??..terdiam sejenak saya apabila ditanya dengan pertanyaan sebegitu…jauh dari sudut hati saya beristighfar panjang…Masih adakah manusia yang tidak mengenal tuhannya? yang masih ragu-ragu adanya Tuhan?

Mungkin kita merasa pelik dengan persoalan sebegitu. tetapi hakikatnya memang ada manusia yang bergelar muslim masih belum mengenal siapa penciptanya. Masih bertanya dimanakah tuhannya?. Adakah Tuhannya benar-benar wujud atau bagaimana? Na’uzubillah.

Wahai adik-adik ku, sungguh Allah itu benar-benar wujud! Manakan mungkin tiada pencipta (Allah) sedangkan alam ini tersedia dengan segala kelengkapannya. Sedangkan sebuah mesin basuh yang tidak begitu complicated pun ada penciptanya iaitu manusia. Firman Allah s.w.t: “Dan diantara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak)” (Surah Ar-Rum: 30: 20).

Saya ada satu analogi yang best untuk dikongsikan. Hah, nak tahu ape? Pernah tak kita melihat arus elektrik? Pasti anda akan menjawab “tidak!” bukan? Hurmm. Jadi apa yang membuktikan adanya arus elektrik? Mari kita perhatikan sekeliling kita. Nampak tak lampu yang menyala? kipas yang berpusing? air cond yang menyejuk? Hah, bukankah itu tanda adanya arus elektrik!. Adakah kita menyakininya? Pasti anda menjawab “Ya!”. Kalau tidak, mana mungkin kipas, lampu, aircond dan perkakas elektrik yang lain boleh digunakan!.

Begitulah juga dengan Tuhan kita iaitu Allah. Dia wujud tapi tidak terlihat dek pancaindera kita yang sangat lemah. Tapi apa bukti adanya Allah? iaitu dengan wujudnya alam semesta ini yang begitu luas dan indah. Mari kita pandang sekeliling kita. Apa yang kita lihat? Cantik bukan alam ciptaan Allah!. Ada matahari, ada awan, pelbagai jenis pokok, haiwan-haiwan yang melata (seperti semut), laut, sungai yang mengalir, batu-batu pelbagai bentuk dan macam-macam lagi. Itulah bukti adanya Allah.
Masih mahu menafikan lagi?

Perhatikan Jasad kita

Mari kita merenung dan memperhatikan setiap anggota tubuh badan kita. Subhanallah! sangat hebat ciptaan Allah yang menciptakan setiap anggota dengan fungsinya. Mari kita lihat jari jemari kita. Apa yang anda lihat? Adanya kuku, kulit, sendi-sendi yang boleh membengkok serta jari-jemari yang tidak sama panjangnya. Subhanallah, cantik bukan! Pernah tak kita berfikir mengapa Allah menciptakan jari jemari kita tidak sama panjang?

Jom kita bayangkan jari jemari kita sama panjang seperti jari yang paling tengah atau jari hantu. Bayangkan yang didepan anda ada nasi dan cuba anda makan makanan tersebut dalam keadaan jari yang sebegitu. Adakah kita dapat makan dengan baik? Pasti anda akan katakan “macam mana nak makan dengan jari macam tu!. Terkeluarlah nasi-nasi! susah nak makan”. Nah, nampak bukan hikmatnya!

Mari kita lihat pula kuku kita. Pernah tidak anda terfikir bagaimana semakin hari semakin panjang kuku kita. Jika dilihat dari luar, tiada pun suatu tempat yang disediakan untuk menyimpan kuku. Kalau kita cabut kuku kita, pasti kuku kita hanya sebesar kuku yang tampak dari luar. Tapi bagaimana ia semakin memanjang? Subhanallah! Semuanya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah dalam menciptakan sesuatu.

Firman Allah s.w.t: “Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk yang bergerak yang bernyawa yang bertebaran (di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini” Surah al-Jasiyah: 45: 4). Masih adakah pertikaian kita terhadap kewujudan Allah? Hanya yang meyakini ayat-ayat Allah dan sentiasa memerhatikan ciptaan Allah sahaja dapat merasakan kewujudan Allah.

Duduk Sejenak Mengingati Allah

Mari sahabatku, kita duduk sejenak mengingati Allah, merasakan kekuasaan Allah, merasakan dekatnya Allah. Bagaimana?! Perhatikanlah alam ciptaan-Nya. Di sana pasti kita akan menemukan pelbagai keindahan dan keseimbangan dari alam ciptaanNya. Di sana juga kita akan mula mengenali Tuhan kita yang mungkin kita lupakan sebelum ini dek kesibukan dunia.

Moga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang meragukan wujudnya. Allah bukanlah ciptaan manusia, tetapi dia benar-benar wujud dalam jiwa orang-orang yang beriman kepada Allah dan sentiasa mencari kebenaran tentang Tuhannya.
Wallahu’alam.

12 comments:

  1. Ya segala gerakan spt elektrik, haba, api, air, matahari, bulan, bintang, cakerawala dan segalanya adalah atas kudrat Allah swt yg tidak mampu samasekali dicapai oleh mana2 pancaindera makhluknya kerana Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung

    ReplyDelete
  2. Ya segala gerakan spt elektrik, haba, api, air, matahari, bulan, bintang, cakerawala dan segalanya adalah atas kudrat Allah swt yg tidak mampu samasekali dicapai oleh mana2 pancaindera makhluknya kerana Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung

    ReplyDelete
  3. Saya ingin bertanya kpd saudara.

    Jika tuhan (Allah) itu wujud, kenapa beliau sembunyi dari kita semua? Saya percaya jika beliau menunjukkan diri maka ramai yg akan memeluk islam, dan tiada kemungkaran dan peperangan berlaku.

    Sesiapa yang tidak memeluk islam dia adalah kafir. Jadi adakah tuhan itu memaksa kita menyembah beliau melalui hanya kepercayaan orang terdahulu yang beliau itu wujud sedangkan tuhan itu tidak pernah menunjukkan diri depan kita semua??

    Bagaimana kita hendak menyembah sesuatu yang kita tidak pernah nampak? Yang kita cuma tahu wujud hanya melalui kepercayaan orang terdahulu dan catatan sebuah kitab AlQuran?

    Jika tuhan itu wujud, kenapa beliau mencipta universe ini begitu luas dengan planet2 yg tak berpenghuni tapi yang menjadi tumpuan utama beliau hanya penduduk bumi??

    Jika tuhan itu wujud, maka beliau semulajadi wujud tanpa dicipta. Tapi adakah masuk akal sesuatu itu wujud tanpa dicipta?

    Kalau benar tuhan itu wujud tanpa dicipta, maka sudah berapa lamakah tuhan itu sudah wujud sebelum bumi dan planet2 dicipta beliau???

    Bumi ini ada usia. Usianya adalah selepas dicipta tuhan. Sebelum bumi ini dicipta, apakah yang tuhan buat ketika itu?

    Apakah aktiviti yang tuhan lakukan sebelum beliau mencipta para malaikat, syurga, universe, manusia, haiwan, etc..????

    Adakah tuhan itu hidup bersendirian sebelum beliau mula mencipta??

    Kenapakah tuhan menyampaikan ajaran islam, dan menyeru manusia menyembah beliau melalui para nabi tapi tidak beliau sendiri yang menyampaikan kepada manusia? Kenapa perlu melalui org tengah?

    Ada banyak lagi soalan, tapi saya harap saudara dapat menjawab soalan ni dahulu yg menjadi kemusykilan saya sejak sekian lama..

    T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAH tak bersembunyi, kerana anda dari 'tiada' menjadi 'ada'. Sebelum anda 'ada' itulah ALLAH. ALLAH, 'ada' dalam 'tiada'.
      ALLAH tidak memaksa anda memeluk Islam, supaya anda ada 'link' dengan ALLAH. Supaya ada 'link' dengan 'Tiada' sebelum 'ada' anda. Cuma jika tidak, 'Anything happen is your own risk'.
      Anda tidak nampak ALLAH kerana ALLAH, 'ada' dalam 'Tiada'.
      ALLAH menjadikan Alam ini sebegitu luas supaya kita memahami konsep "Space and Time'. Konsep 'Ada' dan konsep 'Tiada'.
      ALLAH tidak dicipta, kerana tiada siapa mencipta 'Tiada'. 'Tiada' sudah sedia ada.
      ALLAH tidak dibatasi 'Space and Time' maka tiada persoalan tentang masa dan ruang. Sebelum 'Space and Time' adalah 'Tiada'.
      Sebelum Bumi dicipta, ALLAH menyediakan bahan untuk bumi, menyediakan bahan asas untuk DNA anda. Menyediakan Organic Block untuk jasad anda dan segala hidupan dibumi dan menyediakan sumber untuk anda gunakan untuk hidup di bumi.
      Sebelum Alam Semesta / Ruang dan Masa / wujud mahkluk 'ada'. Itulah Wujud 'Tiada'. Apa Aktiviti anda sebelum anda 'ada'? samalah soalan apa aktiviti 'Tiada'?. Perkara pada anda untuk anda renungkan secara logik..
      ALLAH Wujud Tunggal. 'Tiada' wujud Tunggal. Samalah persoalan nya sunyikah anda sebelum anda 'ada'?. Perkara pada anda juga.
      Siapa kata ALLAH menyeru manusia menyembah ALLAH melalui orang Tengah?. Sedangkan 'ada' anda itu dari 'Tiada'. ALLAH ada pada anda. Cuma maklumat perlu disampaikan melalui orang tengah. Setelah anda dapat maklumat, anda sendiri boleh 'link' pada ALLAH. Samalah seperti anda pada zaman kanak kanak. Baju sudah sedia ada, cuma perlukan ibubapa sebagai orang tengah untuk menunjukan cara yang betul memakai baju, supaya anda tidak tersilap menyarung baju pada kaki. Lihatlah sekarang bila anda sudah dewasa. Sangat manusia bila berbaju.

      Delete
  4. Asal Alam Semesta dari 'Tiada' menjadi 'Ada'. Asal kita dari 'Tiada' menjadi 'Ada'. Bukan susah sangat hendak diterima akal logik.
    "ALLAH itu tiada rupa dengan suatu rupa". "ALLAH itu tidak diumpamakan dengan suatu umpama". "ALLAH tidak dikeranakan dengan suatu kerana". "ALLAH itu jangan engkau sifatkan dengan suatu sifat". "ALLAH itu bukanlah seperti apa yang engkau sangkakan". Ini berita dari Quran. Sebab itu kita tidak boleh mengambarkan ALLAH seperti mana lain lain Agama boleh mengambarkan Tuhan mereka.
    "ALLAH itu dekat tiada bersentuhan, jauh tiada perantaraan". "ALLAH itu awal tiada permulaan, akhir tiada pengakhiran". Ini menunjukan ALLAH tidak dibatasi Ruang & Masa kerana apa apa yang berada di Ruang & Masa dapat digambarkan dan di imaginasi kan .
    Sebelum wujud Alam semesta tidak wujud lagi Ruang & Masa. Ketika itu hanyalah 'Tiada'. Juga sebelum wujud anda, ketika itu hanyalah 'Tiada'.
    "ALLAH, 'ada' dalam 'Tiada' ". 'Tiada' yang "Tidak Dapat Diumpamakan Dengan Suatu Umpama". Imaginasi mati. Berita dari Quran menjelaskan Apa ALLAH itu. Berita dari Quran kenalkan Apa ALLAH itu.
    Sebelum engkau wujud sebenarnya engkau sudah 'mengenali' ALLAH. Engkau saja yang enggan terima sebab engkau lebih percayakan Saintis dari Diri engkau sendiri. Maksud Diri disini ialah 'engkau' yang didalam Jasad Manusia engkau itu. Jasad manusia engkau itu diwarisi dan dimodifikasi dari tubuh BERUK kata si Darwin. Tapi DIRI engkau yang didalam Jasad Manusia Engkau itu asal dari 'Tiada'. Asal Diri engkau itu dari ALLAH.
    Alam semesta bermula dari Cosmos Singularity. Asal Cosmos Singularity dari 'Tiada'. Apa KUASA dan KEPINTARAN yang ada pada ' Tiada '?. Buktinya seluas luasnya Alam semesta beserta hidupan bertemadun di planet bumi. Jika 'Tiada' itu tidak PINTAR dan BERKUASA maka 'warna warni' kehidupan di planet bumi ini juga tidak wujud!. Jadi mengapa kehidupan di Planet Bumi ini penuh 'berwarna warni' riang gembira termasuk hitam dan kelabu penuh duka?.
    Mana ada kebetulan dalam Sains. Stephen Hawkings kemukakan M- Teori untuk patahkan hujah yang Alam semesta ini dicipta untuk menutup 'kebetulan'. Sedangkan M- Teori itu sendiri pun masih kabur dan 'kacau bilau' dalam khayalak Sains.

    ReplyDelete
  5. Saya tahu anda mempesoalkan, mana ALLAH tatkala bencana menimpa manusia?. Sedangkan jawapan nya ialah ALLAH sendiri yang menimpakan bencana keatas manusia walau kafir, walau manusia Islam sekalipun.
    Anda pun bertanya, untuk apa menyembah ALLAH kalau ALLAH sendiri yang timpakan bencana keatas manusia yang menyembahNYA.
    Jawapan nya ialah orang kafir yang kecelaruan minda memang kecelaruan juga hidup mereka termasuk di timpa pelbagai masaalah. Dan, Orang Islam yang cuma Islam tetapi tidak TAUHID ketika solat akan terlebih lebih bencana lagi hidup mereka. Tauhid itu 'link' kepada ALLAH.
    Orang Islam mengenal ALLAH dengan cara meneroka Diri mereka sebagaimana yang disarankan ALLAH menerusi peraturan Kalimah Tauhid. ALLAH sendiri cabar manusia mengenali ALLAH menerusi kaedah Kalimah Tauhid. Kerana itulah tiada paksaan dalam Islam. Siapa yang ingin menyahut cabaran di persilakan. Jika tidak mahu, lebih wajar kita bertuhankan $$$$.
    $$$$ pun dapat strok juga. $$$$ pun macam macam masaalah juga. $$$$ pun insuran juga menanggung beban jika ditimpa bencana secara bersyarat.
    Benarkah jika kita ada 'link' dengan ALLAH kita bebas dari bencana dan penyakit?. Anda cubalah, bukankah ALLAH sendiri sudah mencabar anda?.
    Anda sahutlah cabaran.

    ReplyDelete
  6. Pencipta itu pasti wujud. Bagaimana manusia boleh ada di bumi? sekiranya manusia tercipta dengan sendirinya bermakna kita akan menyaksikan secara tiba2 muncul manusia2 di jalanan, hutan, tepi2 bangunan dan mungkin juga berjatuhan dari langit atau keluar dari bumi dalam keadaan terpinga2. Tp perkara ini tidak berlaku. Alasan apa lagi yg boleh diberi selain kita ini diciptakan?. Mungkin yg paling terkenal adalah teori DARWIN yg mengatakan berok adalah moyang manusia. Mengapa berok sekarang tidak berevolusi menjadi manusia atau selain manusia?. Manusia perlu terbang… kenapa tidak ada yang tumbuh sayap??. Teori ni juga boleh dipatahkan dengan fakta DNA. Kalau DNA manusia pasti dia akan jadi manusia dan tidak akan menjadi zirafah. Jadi, sudah pasti manusia telah diciptakan dan yang menciptakan adalah ALLAH.

    ReplyDelete
  7. Saudara atau saudari, saya ingin bertanya bagaimana kita dapat membuktikan kewujudan allah dengan menyalakan lampu disebabkan adanya arus elektrik?

    ReplyDelete
  8. Saudara atau saudari, saya ingin bertanya bagaimana kita dapat membuktikan kewujudan allah dengan menyalakan lampu disebabkan adanya arus elektrik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara kias, adanya arus elektrik kerana ANDA percaya. klau tidak percaya, cubalah bermain dengan kabel elektrik yang masih hidup yg mungkin anda dapat rasakan kenikmatan arus itu. Begitu juga dgn Allah kerana kita percaya.Dari kata lain..percaya dalam islam berbentuk IMAN yg wajib kita kita yakini...kerana itulah manusia diuji dengan keimanan...nak melihat manusia ini benar2 melihat dalam keadaan alpa atau meyembah terharapNya..wallaualam....

      Delete
  9. Bukti terdekat adanya Tuhan adalah naluri. Agama datang bukan untuk membuktikan kewujudan Tuhan, tapi menunjukkan cara bertuhan yang betul. Mencari Tuhan harus bermula dengan melihat ke dalam diri.

    ReplyDelete