Alhamdulillah....Allah masih memberi kekuatan kepada jari-jemari ini utk bergerak menaip sesuatu yang bererti...bersyukur kepada Allah kerana masih meminjamkan nyawa kepada saya utk terus hidup meraih redhaNya....
Setiap hari say merenung...terasa takut...kerana perkara ini bermain dalam fikiran....terasa semakin lama bekerja, bergaji dan mewah dari segi nikmat rezeki..semakin rasa diri ini diuji...diuji dengan harta kekayaan yang sebenarnya bukan MILIK KITA...harta yang Allah pinjamkan utk melihat sejauhmana kita dapat membelanjakannya dengan sebaiknya.....
Hati juga semakin risau dan berdebar kerana takut harta-harta tersebut, melemahkan dan melalaikan diri ini dari mengingati Sang Pemberi Rezeki iaitu Allah....
Teringat kata-kata seorang sahabat saya....
" Harta kita yang sebenar bukanlah harta yang kita simpan iaitu menjadi aset kita, tetapi harta kita adalah apa yang kita belanjakan "..
Jika direnung kata-kata tu, kita akan berfikir macam mana pulak, harta yang kita simpan bukan harta kita??? sedangkan semua yang kita simpan adalah atas nama kita dan usaha kita....
Ya..memang tidak dinafikan secara zahirnya kita rasa harta yang kita miliki dan kita simpan itulah harta kita...tetapi HAKIKATNYA harta kita sebenarnya adalah harta diakhirat.....iaitu menggunakan harta dunia dengan sebaiknya utk mengumpul harta di akhirat....termasuklah jika kita menderma utk Palestin atau membelanjakan kepada jalan Allah....kerana harta yang dimiliki sekarang tidak mampu membantu kita diakhirat nnt...
ADAKAH KITA TAKUT HARTA AKAN SURUT DAN HABIS???
Ya, setiap orang pasti takut, untuk membelanjakan harta terutama untuk menderma atau berzakat atau apa-apa belanja utk jalan Allah....kerana apa???kerana kebanyakan manusia takut kehabisan hartanya....kita lebih suka membelanjakannya utk diri kita dan keluarga kita kerana lebih memberi manfaat atau faedah.....
Namun hakikatnya tidaklah begitu.....kerana Allah telah memberi perumpamaan di dalam al-Quran:
" perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang DIa kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui ". (al-baqarah 2:216)
Ayat tersebut Allah memberitahu kepada kita bahawa harta yang dibelanjakan utk jalan Allah(infak) pasti akan dilipatgandakan dengan cara yang kita tidak ketahui...jika tidak bertambah kekayaan tetapi mungkin Allah melapangkan dan mempermudahkan serta memberi rasa Cukup dengan apa yang kita perolehi..InsyaAllah, itu semua atas keyakinan kita terhadap apa yang Allah sampaikan....
Ayat yang lain Allah mengkhabarkan:
" Wahai orang-orang yang beriman!!! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati ALlah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (al-Munafiqun 63:10)
" dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu; lalu dia berkata: "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh ".(al-Munafiqun 63:10)
ya Allah, ayat tersebut mengingatkan kita supaya segera dalam menginfakkan harta kerana manusia lazimnya akan sedar apabila sudah berada dalam lahad..maka waktu itu sudah terlambat untuk kita membelanjakan harta kita....
HAKIKATNYA, diakhirat nanti kita akan ditanya oleh Allah; harta kita yang manakah telah kita belanjakan utk JALAN ALLAH???...jika tiada, maka sekarangalah saatnya untuk kita menginfakkan harta agar ia dapat mengurangkan soalan yang akan ditanya kepada kita di akhirat nanti....
Kerana inilah saya sering berdoa: Ya Allah, letakkan lah dunia di tanganku bukan dihati ku...sungguh aku sangta takut dengan azabmu.....
No comments:
Post a Comment