Saya pernah ditanya oleh seorang pelajar “ustazah, ada kawan saya cakap, sebenarnya Allah itu adalah nama ciptaan manusia dan bukannya benar-benar ada! Apa pandangan ustazah??..terdiam sejenak saya apabila ditanya dengan pertanyaan sebegitu…jauh dari sudut hati saya beristighfar panjang…Masih adakah manusia yang tidak mengenal tuhannya? yang masih ragu-ragu adanya Tuhan?
Mungkin kita merasa pelik dengan persoalan sebegitu. tetapi hakikatnya memang ada manusia yang bergelar muslim masih belum mengenal siapa penciptanya. Masih bertanya dimanakah tuhannya?. Adakah Tuhannya benar-benar wujud atau bagaimana? Na’uzubillah.
Wahai adik-adik ku, sungguh Allah itu benar-benar wujud! Manakan mungkin tiada pencipta (Allah) sedangkan alam ini tersedia dengan segala kelengkapannya. Sedangkan sebuah mesin basuh yang tidak begitu complicated pun ada penciptanya iaitu manusia. Firman Allah s.w.t: “Dan diantara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak)” (Surah Ar-Rum: 30: 20).
Saya ada satu analogi yang best untuk dikongsikan. Hah, nak tahu ape? Pernah tak kita melihat arus elektrik? Pasti anda akan menjawab “tidak!” bukan? Hurmm. Jadi apa yang membuktikan adanya arus elektrik? Mari kita perhatikan sekeliling kita. Nampak tak lampu yang menyala? kipas yang berpusing? air cond yang menyejuk? Hah, bukankah itu tanda adanya arus elektrik!. Adakah kita menyakininya? Pasti anda menjawab “Ya!”. Kalau tidak, mana mungkin kipas, lampu, aircond dan perkakas elektrik yang lain boleh digunakan!.
Begitulah juga dengan Tuhan kita iaitu Allah. Dia wujud tapi tidak terlihat dek pancaindera kita yang sangat lemah. Tapi apa bukti adanya Allah? iaitu dengan wujudnya alam semesta ini yang begitu luas dan indah. Mari kita pandang sekeliling kita. Apa yang kita lihat? Cantik bukan alam ciptaan Allah!. Ada matahari, ada awan, pelbagai jenis pokok, haiwan-haiwan yang melata (seperti semut), laut, sungai yang mengalir, batu-batu pelbagai bentuk dan macam-macam lagi. Itulah bukti adanya Allah.
Masih mahu menafikan lagi?
Perhatikan Jasad kita
Mari kita merenung dan memperhatikan setiap anggota tubuh badan kita. Subhanallah! sangat hebat ciptaan Allah yang menciptakan setiap anggota dengan fungsinya. Mari kita lihat jari jemari kita. Apa yang anda lihat? Adanya kuku, kulit, sendi-sendi yang boleh membengkok serta jari-jemari yang tidak sama panjangnya. Subhanallah, cantik bukan! Pernah tak kita berfikir mengapa Allah menciptakan jari jemari kita tidak sama panjang?
Jom kita bayangkan jari jemari kita sama panjang seperti jari yang paling tengah atau jari hantu. Bayangkan yang didepan anda ada nasi dan cuba anda makan makanan tersebut dalam keadaan jari yang sebegitu. Adakah kita dapat makan dengan baik? Pasti anda akan katakan “macam mana nak makan dengan jari macam tu!. Terkeluarlah nasi-nasi! susah nak makan”. Nah, nampak bukan hikmatnya!
Mari kita lihat pula kuku kita. Pernah tidak anda terfikir bagaimana semakin hari semakin panjang kuku kita. Jika dilihat dari luar, tiada pun suatu tempat yang disediakan untuk menyimpan kuku. Kalau kita cabut kuku kita, pasti kuku kita hanya sebesar kuku yang tampak dari luar. Tapi bagaimana ia semakin memanjang? Subhanallah! Semuanya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah dalam menciptakan sesuatu.
Firman Allah s.w.t: “Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk yang bergerak yang bernyawa yang bertebaran (di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini” Surah al-Jasiyah: 45: 4). Masih adakah pertikaian kita terhadap kewujudan Allah? Hanya yang meyakini ayat-ayat Allah dan sentiasa memerhatikan ciptaan Allah sahaja dapat merasakan kewujudan Allah.
Duduk Sejenak Mengingati Allah
Mari sahabatku, kita duduk sejenak mengingati Allah, merasakan kekuasaan Allah, merasakan dekatnya Allah. Bagaimana?! Perhatikanlah alam ciptaan-Nya. Di sana pasti kita akan menemukan pelbagai keindahan dan keseimbangan dari alam ciptaanNya. Di sana juga kita akan mula mengenali Tuhan kita yang mungkin kita lupakan sebelum ini dek kesibukan dunia.
Moga Allah memberikan hidayah kepada mereka yang meragukan wujudnya. Allah bukanlah ciptaan manusia, tetapi dia benar-benar wujud dalam jiwa orang-orang yang beriman kepada Allah dan sentiasa mencari kebenaran tentang Tuhannya.
Wallahu’alam.
Thursday, April 12, 2012
Thursday, January 26, 2012
Bila Hati ku berbicara sendiri

subhanallah, HATI...bestnya manusia ni sebab Allah kurniakan hati..kerana dengan hati lah lahirnya perasaan..walaupun sebenarnya tak ade sesiapa tahu dimana kedudukan HATI (al-Qalbu)...kalau dalam sains hati tu adalah "liver", dalam bahasa jiwangnya adalah "heart", dalam Islam adalah al-qalbu...
benarlah firman Allah yang mafhumnya, "aku mengetahui apa yang ada dalam hati manusia"..iaitu apa2 sahaja dalam hati kita Allah sgt2 tahu...begitulah juga CINTA..hehehe...jiwang lah pulak!
benarlah juga Firman Allah: "perempuan-perempuan yang keji adalah utk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji..sedangkan perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik" (surah an-nur 24:26)
adakah benar firman Allah ini???
ia TIDAK BENAR melainkan bagi mereka yang meYAKINI Allah sahaja...dan saya sangat meyakini ayat ini..dengan sebenar2 iman...iAllah...
dan keimanan itu sering diuji oleh ALLAH s.w.t...hingga kini Allah uji dengan perkara itu..setiap yang datang tidak ku tolak begitu sahaja..tapi dengan budi bicara ku serahkan kepada pihak ketiga...ku iringi perkara itu dengan kiriman doa istiharah...
"ya Allah, seandainya dirinya......baik utk agama ku, urusan kehidupan ku, untuk DnT ku, takdirkan lah ia sebagai milik ku...jadikan lah dia hambamu yang soleh dan permudahkan lah urusanku...seandainya dirinya.......tidak baik utk urusan agamaku, urusan kehidudpan ku dan urusan D n T ku...jadikanlah aku redha dengan ketentuan Mu...dan takdirkanlah sesuatu yang lebih baik utk ku....amin ya Rabbal a'lamin..."
seringkali ku baca doa ini dengan penuh ketundukan dan kekhusyukan dan kerendahan diri kepada Ilahi...
dan seringkali juga ku diuji dengan keyakinan terhadap doa ku sendiri..benarlah Firman ALlah " janganlah kamu katakan kamu telah beriman, sedangkan kamu belum diUji" surah al-ankabut: 29:2)
teringat kata-kata seorang mak cik dalam sharingnya:
" Allah pasti akan menguji setiap apa yang kita doakan"
dush..dush..terasa tertembak..patutlah Allah sering mengujiku..rupanya aku sendiri sering meminta utk diuji oleh NYA...hal ini bukan melemahkan ku bahkan menguatkan perasaan ku kepadanya....
ya Allah moga ku diberi kekuatan setiap kali di UJI...kerna ku tahu KAU sentiasa bersama ku..dan ku yakini bahawa telah KAU tentukan Jodoh yang TERBAIK untuk ku...kerana mereka yang pernah hadir dalam hidupku bukan lah yang terbaik untuk ku..jadikanlah UJIAn yang menimpaKU sebagai penguat kepada langkah ku dalam menuju REDHA MU..amin
Tuesday, September 20, 2011
~ Cinta ~ "saat perkenalan semula"

lama sangat tak menulis dalam blog ni...rindu rasanya untuk menitipkan kata-kata dalam penulisan.cuma kadang-kadang rasa tidak termampu untuk meluangkan masa di hadapan skin komputer begitu lama..
alhamdulillah, Allah masih mengurniakan rasa rindu untuk menulis...
teringat perkenalan pertama dengan si T....bila difikir-fikir semula, tak sangka saya telah bersama T selama lebih 3 tahun ..perkenalan yang tidak dirancang..ketika saya di tahun akhir dan semester akhir pengajian di sebuah universiti tempatan...memang tak saya sangka..namum itulah kuasa Allah yang mampu untuk menemukan hambanya dengan sesuatu yang baik.(^_^)
namum, sebelum boleh terus kekal bersamanya, banyak ujian yang datang silih berganti...teringat peristiwa saat-saat saya mengejar Kasihnya....tak tentu hala dibuatnya...saya sanggup menghabiskan setiap hujung minggu untuk mengenaliNya dengan lebih dekat..tak kira di mana saya berada saya ingin sentiasa dekat dengaNya..T memang benar-benar berjaya membuatkan saya gila!!...
teringat ketika saya telah tamat pengajian..saya mengambil keputusan untuk tidak tinggal lama bersama keluarga..sayau rela duduk dengan rakan-rakan supaya sentiasa dapat mendekatiNya...saya sanggup menunggang motor untuk menemuinya setiap minggu..bukan dekat jalan yang ku tempuh, hujan lebat dan panas terik sanggup saya harungi...ntah mana datangnya semangat dan kekuatan pun saya tidak pasti..namun yang pasti memang kami telah berjanji untuk bertemu dan sehidup semati...
saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan T...kerana T telah berjaya mengubah persepsi saya tentang kehidupan,tentang CINTA,tentang PENCIPTA....manis bila dikenangkan saat-saat bahagia...
dan, saya akan pasti sentiasa berdoa agar sentiasa dapat hidup bersama T sehinggalah nyawa yang terakhir...iAllah, terima kasih ALLAH kerana menemukan saya dengan TARBIYAH...(^_^)
Wednesday, October 6, 2010
Subhanallah
alhamdulillah...
rasa syukur x terhingga kpd Allah..
sedikit yang ku beri..banyak yang Allah balas..
benarlah matematik Allah sgt berbeza dengan matematik manusia
jika manusia mengira bahawa dia ada RM 5..
kemudian disedekahkan RM 2..maka tinggallah baki RM 3...
tapi...matematik Allah tidak begitu..
jika kita mempunyai RM 5 dan dibelanjakan RM 2 utk bersedekah...
maka kita akan beroleh lebih daripada RM 5...
bagaimana???
dalam Al-Quran Allah berfirman:
"perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha halus, Maha mengetahui"
jika dikira dgn matematik Allah..
maka pulangan kita adalah RM 2 x 7 x 100=...
sangat berbaloi dengan apa yang kita keluarkan....
Ya Allah, semakin lama aku di Jalan Ini..semakin banyak yang kupelajari hakikat hidup ini..thank u Allah..."

Thursday, July 22, 2010
khas utk sahabatku
Assalamualaikum ukhti ku…. Moga sentiasa berada dalam rahmat dan payung lindungan Ilahi.
Surat ini ditulis khas untuk ukhtiku,. Ana sangat gembira bila ukhti kembali semula dalam JALAN DAKWAH DAN TARBIYAH ini…bagi ana tiada yang lebih berharga melainkan melihat ukhtiku ini gembira dan berada bersama2 dalam rahmat dan cinta Allah….
Ana sebagai sahabatmu dunia dan akhirat sentiasa mendoakan enti sukses dalam dakwah dan tarbiyah ini dan juga dalam master yang enti sedang lalui….moga enti bertambah matang dan cekal dalam mengharungi kehidupan yang panjang ini…
Buat pengetahuan enti, ana sangat merisaukan keadaan enti…entahlah, tapi inilah perasaan ana rasai…kebimbangan ini melebihi kebimbangan seorang sahabat..tapi ana yakin yang enti mampu melalui kehidupan ini dengan baik…dan ana akn sentiasa mendoakan enti…
Andai kita berpisah usrah, tidak bermakna kita berpisah di JALAN INI…enti tetap sahabat dunia dan akhirat ana….jika ana terleka, entilah ana harapkan untuk menegur diri ini, jika ana futur entilah yang ana harapkan untuk mengejutkan ana dari lena….andai ana lemah, entilah yang datang memberi keyakinan semula kepada ana……tiada apa yang ana inginkan dari ikatan ukhuwah ini, melainkan redha ilahi.
Andai sepenjang perkenalan kita, ana telah menyakiti hati enti, ana mohon dimaafkan. Jika ana terguna atau terambil harta enti, ana mohon dihalalkan….
Pesan ana, jadilah lebih dewasa kerana dirimu kini adalah daie, hamba kepada Allah, sebagai anak,sebagai kakak kepada adik2, guru kepada masyarakat. Tugas yang dirimu pikul amat besar dan berat…
iAllah bersama-samalah kita lengkapkan mutaba’ah amal kita…kerana makanan roh yang cukup akan membangkitkan hamasah dan keyakinan…moga langkahmu makin laju, selaju air yang mengalir dan tidak pernah putus.
Doakan kebahagian kita bersama dalam sujudmu, dalam tahajjudmu, dalam solat mu dan dalam doamu…..ana jua mendoakan enti bahagia dunia dan akhirat….
Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa silam kita dan membina hidup baru dengan agama Allah..amin…insyaAllah…
Dengan linangan airmata,
Sahabatmu….

Wednesday, July 7, 2010
Kenapa perlu mencari tetapi menjadilah
alhamdulillah..Allah masih memberi kekuatan kepada saya untuk memberi peringatan kepada diri dan sahabat muslim lain...
saat umur yang semakin meningkat pasti akan ada yang bertanya..."bila nk kahwin???"
jawapan yang sukar utk diberi...tetapi ringkasnya akan ada yang menjawab,"wallahu'alam...iAllah biar Allah yang mengaturnya"
ada pula bila ditanya tentang bila nak kahwin?, jawabnya " tu lah, calon dah ade 2 @ 3 cuma x berapa ikut kriteria yang dikehendaki"
ada juga bila ditanya bila nk kahwin??, jawabnya,"dah jumpa tetapi susahnya nak tackle!"
walau apa pun jawapannya, kadang kala kita terlalu MENCARI pasangan yang ideal untuk diri kita.. sedangkan kita sendiri tidak ade sifat2 atau ciri dalam kriteria yang kita sendiri tentukan....
jadi mana mungkin, kita akan mendapat orang seperti yang kita CARI jika diri kita sendiri belum MENJADI spt calon yang kita inginkan.
dan seharusnya, kita sendiri perlu MENJADI sebelum MENCARI, kerana jika semua ingin MENCARI tetapi tidak ada yang MENJADI maka tidak adalah calon yang memiliki ciri2 yang diidamkan...
jangan diidamkan wanita seikhlas KHADIJAH, jika diri tidak baik RASULULLAH
jangan diidamkan wanita setabah HAJAR jika diri tidak secekal IBRAHIM
jangan diidamkan wanita secantik ZULAIKHA, jika diri tidak setampan YUSOF
Firman Allah jelas menyebut:
"perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji (pula) sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik (pula)."
(surah an-nur:24:26)
itulah kepastian yang nyata...jadi, kita dahululah perlu MENJADI untuk MENCARI yang terbaik terutama dalam mencari pasangan...

Thursday, June 24, 2010
Harta Kita
Alhamdulillah....Allah masih memberi kekuatan kepada jari-jemari ini utk bergerak menaip sesuatu yang bererti...bersyukur kepada Allah kerana masih meminjamkan nyawa kepada saya utk terus hidup meraih redhaNya....
Setiap hari say merenung...terasa takut...kerana perkara ini bermain dalam fikiran....terasa semakin lama bekerja, bergaji dan mewah dari segi nikmat rezeki..semakin rasa diri ini diuji...diuji dengan harta kekayaan yang sebenarnya bukan MILIK KITA...harta yang Allah pinjamkan utk melihat sejauhmana kita dapat membelanjakannya dengan sebaiknya.....
Hati juga semakin risau dan berdebar kerana takut harta-harta tersebut, melemahkan dan melalaikan diri ini dari mengingati Sang Pemberi Rezeki iaitu Allah....
Teringat kata-kata seorang sahabat saya....
" Harta kita yang sebenar bukanlah harta yang kita simpan iaitu menjadi aset kita, tetapi harta kita adalah apa yang kita belanjakan "..
Jika direnung kata-kata tu, kita akan berfikir macam mana pulak, harta yang kita simpan bukan harta kita??? sedangkan semua yang kita simpan adalah atas nama kita dan usaha kita....
Ya..memang tidak dinafikan secara zahirnya kita rasa harta yang kita miliki dan kita simpan itulah harta kita...tetapi HAKIKATNYA harta kita sebenarnya adalah harta diakhirat.....iaitu menggunakan harta dunia dengan sebaiknya utk mengumpul harta di akhirat....termasuklah jika kita menderma utk Palestin atau membelanjakan kepada jalan Allah....kerana harta yang dimiliki sekarang tidak mampu membantu kita diakhirat nnt...
ADAKAH KITA TAKUT HARTA AKAN SURUT DAN HABIS???
Ya, setiap orang pasti takut, untuk membelanjakan harta terutama untuk menderma atau berzakat atau apa-apa belanja utk jalan Allah....kerana apa???kerana kebanyakan manusia takut kehabisan hartanya....kita lebih suka membelanjakannya utk diri kita dan keluarga kita kerana lebih memberi manfaat atau faedah.....
Namun hakikatnya tidaklah begitu.....kerana Allah telah memberi perumpamaan di dalam al-Quran:
" perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang DIa kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui ". (al-baqarah 2:216)
Ayat tersebut Allah memberitahu kepada kita bahawa harta yang dibelanjakan utk jalan Allah(infak) pasti akan dilipatgandakan dengan cara yang kita tidak ketahui...jika tidak bertambah kekayaan tetapi mungkin Allah melapangkan dan mempermudahkan serta memberi rasa Cukup dengan apa yang kita perolehi..InsyaAllah, itu semua atas keyakinan kita terhadap apa yang Allah sampaikan....
Ayat yang lain Allah mengkhabarkan:
" Wahai orang-orang yang beriman!!! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati ALlah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (al-Munafiqun 63:10)
" dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu; lalu dia berkata: "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh ".(al-Munafiqun 63:10)
ya Allah, ayat tersebut mengingatkan kita supaya segera dalam menginfakkan harta kerana manusia lazimnya akan sedar apabila sudah berada dalam lahad..maka waktu itu sudah terlambat untuk kita membelanjakan harta kita....
HAKIKATNYA, diakhirat nanti kita akan ditanya oleh Allah; harta kita yang manakah telah kita belanjakan utk JALAN ALLAH???...jika tiada, maka sekarangalah saatnya untuk kita menginfakkan harta agar ia dapat mengurangkan soalan yang akan ditanya kepada kita di akhirat nanti....
Kerana inilah saya sering berdoa: Ya Allah, letakkan lah dunia di tanganku bukan dihati ku...sungguh aku sangta takut dengan azabmu.....

Subscribe to:
Posts (Atom)